Friday, March 2, 2012

Tahun ke dua puluh lima semoga dengan berkat.

Selamat malam ketika ini.

Tidak lama beberapa hari selepas hari ulangtahun saya, teman baik saya
bisik kepada saya yang saya sudah berusia seperti jubli perak!

Tutup mata sekejap dan tarik nafas. Saya sedar saat itu.
Bila saya pandang balik diri saya. Banyak perubahan secara fizikal.
Begitu juga dalam diri, saya banyak tinggalkan kesukaan saya yang
saya anggap itu tidak berguna.

Berdiri di usia ini, orang selalu katakan mengenai kematangan.
Jika dulu, saya tidak serius dengan apa saja isu yang orang perkatakan.
Saya cuma dengar dari banyak pihak.

Sekarang ini, saya cepat berkerut dahi kepada mana-mana isu timbul.
berfikir secara serius dan bicarakan secara serius.
kadang, saya cakap dengan diri sendiri, kenapa terlalu serius?

Keluarga. Satu yang saya rasa cepat tersentuh dan akan saya kenang
sampai bila-bila ialah sentuhan keluarga tersayang saya.
Di usia begini, saya masih ditanya 'sudah makan?', 'sudah mandi?'.
Ibubapa pasti tahu kita sudah tahu menjaga diri sendiri.
Saya tahu kasih sayang yang buat mereka melayan begitu.
Ibubapa senang bila melihat anak-anaknya berdikari dan kenangkan keluarga.
Saya berserah kepada tuhan dan demi keluarga ini saya berusaha.

Kawan-kawan. Betul orang kata, sedang kita meningkat umur. Satu-satu, kawan
yang ada di samping kita ini pergi. Bukan semua. pasti ada satu atau dua.
Mungkin jodoh kita di situ saja. Dan mungkin lebih baik. Ya. lebih baik.
Begitu aturan takdir, yang pergi akan ada yang mengganti.
Kenalan baru. yang lebih baik. Syukur. Sentiasa membuat kita hari depan itu bercahaya.
Sahabat, percaya sepenuhnya itu jadi sampah kadang kala, tapi kalau langsung tiada
percaya itu, 'persahabatan' itu tiada apa yang tinggal.

.....................................................................................................................................
Beberapa tahun lalu, saya tiada apa.
Kelulusan pun cuma sekolah menengah.
Bila panggilan pertama ke universiti, hampir semua kawan dapat termasuk
kawan baik saya.Masa itu saya bekerja part time di hotel.
Bila keluar, semua cakap pasal assignment dan lecturer.
Saya diam.
Hampir putus asa, saya langsung membuat rayuan.
Tidak lama itu, papa panggil saya tanya surat apa ini sambil tersenyum.
Hampir saya sujud di depan papa bila mendapat surat tawaran.

Syukur hari ini, saya masih berdiri untuk menuntut ilmu sepenuhnya.
Tinggal lagi tahun depan pengajian akan selesai. Mudahan.

Beberapa tahun lalu, macam-macam saya lalui.
Ditipu,dibenci,diperalat,sakit teruk. Proses jatuh bangun itu buat saya sedar.
Semua itu buat saya jadi lebih positif. Lebih berani. dan yakin.
Syukur.

Cantik susunan tuhan bagi kat kita.
Walau tak sempurna mana, sesungguhnya itulah yang ajaib dan berkesan.

...................................................................................................................

Umur setanding jubli emas ini, saya belum bekerja.
Mudahan ada rezeki selepas ini.
Saya cakap dengan diri sendiri, biarlah saya susah-susah sekarang.
Kejarkan ilmu, bagi bangga keluarga.
Selepas ini, saya bina kerjaya sampai saya tua.
Biarlah mula dari mana sekalipun.
Bagi keluarga senang sikit.
Mudah-mudahan.

Generasi dulu seperti papa saya, sekolah tak lama, kerjanya awal.
kahwin muda. Bila meningkat tua, semua dah ada.
Saya faham kenapa generasi kita lambat kahwin, lambat bekerjaya.
Bukan saya salahkan sepenuhnya sistem pendidikan di negara ini sangat panjang.

Saya juga faham kenapa lelaki seperti papa yang baik dan kerja keras sudah tidak ramai.
Sebab generasi papa dulu hidupnya susah, sangat susah.
Jadi dalam fikiran mereka, nak dapat apa pun kena bersungguh.
Tiada jalan singkat. Dan mereka sangat sederhana dalam apa pun.

Dulu dan sekarang, banyak bezanya.
Yang menjalin kita antara dulu dan sekarang cuma kasih sayang.
Itu sama.


.................................................................................
Rasanya cukup untuk entri kali ini.
Saya cuma harap saya tidak lupa diri.
Masih belajar. Selepas bahasa,dan penulisan, mudahan adab.
Dengan lebih baik.


Apa-apa saya buat sehingga hari ini, orang pertama saya bagi tahu ialah mama.
Kemudian papa. Masalah runsing. Semua bagi tahu.
Saya bernafas hari ini atas izinNya dan berkat ibubapa.
Mudah-mudahan.



Thursday, March 1, 2012

Masa untuk berlapang dada.

Salam rindu.

Awal sejurus bangun pagi, saya merasakan tekak saya semakin sempit.
Nasib masih boleh bernafas walau ada kesukaran sedikit.
Ini pakar kata 'tonsil'. Di dalamnya panas dan bengkak.
Bersamanya selalu ada demam sikit.

Saya fikir demam sudah hilang. Rupanya hilang demam, tinggal sakit tekak.
Selera pun kurang. Mama dan papa pun buat macam-macam mahu selera itu
datang balik.

Bukan itu yang penting sebenarnya.
Saya tengah risau dan gelisah mengenai hal ptptn saya dan masa depan
sepanjang lima bulan akan datang. Kelas, dan hal assignment.
Bebannya akan bertambah.
Lebih dari semester lepas.

Dari pagi saya memikirkan, lagi stress bila buka web site ptptn.
Akhirnya saya bulatkan tekad dan akan usahakan untuk masa depan.
Mudahan pengajian saya ini diberkati dan untuk keluarga,dunia dan akhirat.

Tidak lama itu,
gelisah saya hampir hilang bila saya menjumpai penulisan Hilal Asyraf di Facebook.
Sedikit sebanyak dapat memulihkan semangat saya.
Saya kenal diri sendiri, saya tahu kelemahan saya.
Namun, ia hakikat realiti yang sangat buat saya teruja.

........................................................................................................
Ada salah satu penulisan beliau buat saya tercengang sekejap.
Tentang ini lah sering saya pernah buat dan orang lain buat.
Ya. beginilah rasanya.

"Maaf." Dan itu bukan boleh memutar masa.

By: Hilal Asyraf

Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Melamar dengan baik melalui keluarga. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini yang buruk berkenaan lelaki itu kepada rakan-rakannya, merasakan dirinya terpaksa, merasakan dirinya ditekan, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki tersebut dengan baik pun ketika itu.

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki Tersebut berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

Lelaki itu pernah berkata: "Awak, bersihkanlah semula nama saya. Tidakkah awak sekarang bahagia?"

Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf."

Mudah. Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam.


Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan.

Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang.

"Pinjam phone awak, sayang."

"Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya.

Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang.

Si isteri terdiam.

Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya.

"Maafkan saya." Dia bersuara.

Si isteri masih tergamam. Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak.

"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya.

"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang.

Lelaki itu sekadar tersenyum.

"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?"

Diam.

"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?"

Diam. Air mata mula mengalir.

"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?"

Dan air mata itu mengalir deras.

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Walau kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan."

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. "Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya."

Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata.

Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan:

"Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."

------------------------------------------------------------------


Saya 'spice up' sikit cerita ni. Haha. ^^

Tapi moral of the story, macam itulah. Kita ini, kadang-kadang bila buat salah pada orang, kita senang sahaja nak claim pada orang itu agar jadi pemaaf. Sedangkan, kita pula, meminta maaf sambil lewa sahaja.

Kita terlupa, bila kita ketuk paku pada dinding, kalau kita cabut balik semula pun, bekasnya tetap masih ada.

Maka sebaiknya kita berfikir 1000 kali sebelum sakitkan hati orang, fitnah orang, cerca orang, dan kalaulah 'ter'buat juga, usahalah bersungguh-sungguh menebus kesalahan kita. Jangan sekadar pandai mengucap 'maaf' sahaja.

Masa tidak boleh diputar,

apa yang berlaku tidak boleh ditukar.



............................................................................................................


Selain dengan orang lain, sebenarnya kita perlu minta maaf dengan diri sendiri.

Kerana kelekaan kita membenarnya semua yang salah berlaku.

Dan kita terima kelemahan dan kelemahan kita seadanya.


Yala. Benda dah jadi. Tiada apa pun dapat mengubah.

Tinggal lagi hari ini dan esok.

Dengan memaafkan diri sendiri. Kita akan lebih maju setapak.

Mudah-mudahan.


Masih. Sentiasa. Budak masih belajar.

(:




Wednesday, February 22, 2012

Hari jatuh saya.


Ini yang buat hari saya jadi kelabu.
Keputusan yang mengecewakan.

Saya janji dengan diri sendiri.
Semester depan keputusannya lebih cemerlang dari ini.
Dan, saya tahu. Terlalu awal untuk saya bergenang air mata
dan putus asa.

Doakan saya!

Tuesday, February 21, 2012

Post ke dua ratus dua puluh satu(221)


Syukur.

Selamatlah selepas ini.
Terima kasih ucapan ingatan doa semua orang.

Semoga menjadi lebih baik untuk diri sendiri,keluarga,kawan-kawan bangsa,agama dan negara!









Monday, February 13, 2012

Febuari tetap sayang.

Sesekali biarlah rasa minuman rutin yang kita minum
itu rasa tawar.

Sesekali biarlah hari yang sepatutnya gembira rasa
hambar dan sunyi.

Sesekali biarlah pahit menelan setiap kata-kata.


Berfikirlah positif. Bersabarlah.
itu ayat yang paling menenangkan dan puas disebut.

Bila meluahkan bukan ertinya buruk atau sakit difikirkan.
cuma kurang sabar.

Kali ini biarlah tiada siapa tahu.
Biarlah berkali-kali mengalir.

Biarlah tiada siapa peduli.
k?
k.

Tuesday, January 24, 2012

Puteri

Hari ini saya kira hari gembira dan sedih untuk saya.

Beberapa hari lalu, kawan baik saya hantarkan pesanan sewaktu saya
tengah tidur untuk mengajarkan dia cara-cara membuat blog dan menulis.

Lalu, saya teringat saat kami bercakap dalam phone lama-lama.
Bercerita mengenai hari-hari dan sepanjang cerita-cerita yang saya terlepas.
Kemudian, berbalas mesej sehingga lewat malam.
Bercerita mengenai apa yang kami suka.

Saya sangat senang begitu. Ketika sedang cuti dan ada masa yang panjang.
Ada masa, kami keluar walau tidak kerap.
Untuk masa-masa yang tidak selesa dan paling gembira atau biasa.

Bagaimana untuk saya bagi tahu dia keadaan saya sekarang ini?
Tentang sesuatu perasaan yang sakit.
Kenapa menghalang saya?
Biarkan saja saya buat apa yang saya mahu.
Sebab saya tidak pernah halang kamu.
Kalau pun saya buat sesuatu yang salah,
biar saya tergadah dulu.
Biar sampai hati di dalam ini betul-betul kelabu sampai
tidak kenal langsung sama kamu.
Kenapa saya?
Cuba dulu kamu jadi seperti saya, teman.
Cuba jadi seperti saya.

Untuk malam ini,
Saya menangis berguling-guling di atas katil bukan sebab pms.
Tapi sakitnya rasa. Hinanya rasa menjadi saya ketika ini.
Bagaimana hidup tidak mengadu, sayang?
Kerana kita lihat diri kita sendiri, kita pun mengadu tanpa sedar.

Saya tahu dengan siapa saya mengadu.
Bukan sembarang orang, bukan memburukkan kawan sendiri.
Bukan.
Itu cermin kita.
Saya tanya, 'i am wrong doing these?'

Mungkin sikap saya salah.
Mengadu pun salah.

*ketika saya menaip ini, ada satu kupu-kupu kecil hinggap di ibu jari.
Tarik nafas sekejap, lalu biarkan ia terbang.

Saya minta maaf.
Saya salah.
Saya mengaku, saya bukan kawan yang baik.
Tentunya yang teruk dan jahat.

Saya sering seperti ini.
Kerana saya gagal menjadi kawan yang baik.
Yang pandai menjaga hati semua kawan-kawannya.

Kamu pernah jadi kawan baru saya.
Sedap atau manis rasanya?

Itu soalan saya.

Selepas ini saya diam. Saya janji tidak mengadu lagi!

Thursday, January 19, 2012

Faezah Mohamad Dun & Sohbierah Ghulabdin

Salam kasih dan sayang,

Orang kata kawan baik selalu di sisi.
Saya cakap kawan baik tidak semestinya selalu di sisi
tapi tetap di hati.

Perkenalan dengan zaMD lebih setahun lepas ketika menjalankan praktikal
di RTM kk awal september kalau tidak silap.
Pertama kali melihat wajah dia, saya tahu kami boleh berkawan baik.
Menceritakan perihal dia tidak tercapai dengan kata-kata.
Jika kenal dengan rapat, dia bukan seperti yang kita nampak.
Lemah lembut bahasanya.
Ada masanya orang anggap mungkin dia kasar dalam menyampaikan.
Walaupun niatnya tidak begitu. Dia cuma tegas ada masanya.
Beberapa hari di office, saya tidak mempedulikannya.
setelah sedar, dia selalu tiada.
Akhirnya, saya bertanya kepada officemate.
Oh rupanya dia kurang sihat.
Ting!

Patutlah. Saya risau kalau dia balik ke ums.
Dalam kiraan saya, mungkin dia bosan.
aaah! Sangkaan buruk.
Biasalah. Kali pertama.

Saya ingat jodoh tidak panjang sebab minggu depannya
saya sudah berpindah ke unit penyiaran tv. Di atas bukit.
Saya bawa lebam biru di lengan kanan saya. Memang sakit
za gigit. Itu makin buat selalu bergaduh dengan dia.
Ada ketikanya saya rasa saya selesa di bilik berita,
saya selalu singgah di situ dan kadang teman officemate
cover news event.

Ada satu event unit penyiaran tv buat secara live iaitu
bubur lambuk dan penyerahkan kepada orang ramai dan staff.
Sebelum itu, saya singgah di news room dan oh! budak perempuan itu datang.
hari tu, dia dan officemate akan cover news mengenai bubur lambuk itu.

Di dalam cabin editing produser, saya pandang di kaca kecil yang terpampang.
Who is the girl?
Oh nama dia pelik. Some SA and PA panggil dia obie.
Ketika tengah live, selendang yang dia pakai seperti mahu terbang.
Dia proffesional, terus bercakap sehingga break.
Oh ya. Dia sesuai di kaca tv. Komersil. (:

Sepanjang mengikuti penggambaran, dan saat obie berada di office menghafal skrip.
saya langsung tidak sedar dan peduli mengenai dia sangat.
Sehingga ada satu event live sempena hari malaysia, sepanjang rehearsal dari tghari ke malam.
Saya perasaan dia yang sering ditemani oleh adiknya.
Ada masa bercerita di bawah pohon besar di padang merdeka ketika masa break.
Sesi bergambar. Sesi makan. Sesi berehat. Hujan dan berteduh.

Pada masa yang sama, saya sering bersama za dan seorang lagi officemate.
lunch dan menghabiskan masa-masa kosong di news room dan event covered.

Bila habis praktikal, saya sibuk menyiapkan report dan berkejar balik ke uitm s.a
untuk present report.
Hubungan dengan obie ketika itu terhenti di sana saja.
Luckily, kami sudah menjadi contact di facebook.
Siapa add? mestilah saya. (:

...........................................................................................

Orang kata, kalau ada jodoh, tidak ke mana.
Larilah ke mana saja.

Untuk menceritakan bagaimana za dan obie berkenalan secara rapat,
semuanya ketentuan yang tidak dirancang.
Obie menghadiri ujibakat pengambilan baru di ums di mana tempat za bekerja.

Saya cakap tadi, oh!
Saya kenal obie itu kata saya kepada za.

Dan sekarang ini,
sesungguhnya saya bersyukur dikurniakan kedua sahabat ini.
Saya ada beberapa sahabat lain yang baik dan disayangi juga.
tapi cerita mereka berdua ini menjadikan perasaan itu lebih istimewa.

Dan sekarang ini,
saya mengakui berlainan impian dan cita-cita
menjadi jarak antara kami.
Ada masa, saya terlepas saat gelak tawa mereka.
saya terlepas cerita sedih mereka.
Ada masa, saya cuma mampu meneka secara positif
kondisi masing-masing.

Sebelum saya gerak kembali ke uitm, melanjutkan pelajaran saya,
saya berpesan kepada obie.
'Obie, kenalilah za. Jagalah dia, dia selalu sakit.'
'Ok des, jangan risau.'

Kami selalu keep in touch di laman sosial.
Ada masa, bertukar fikiran.
bertukar pandangan.
bertanya khabar.

Kalau boleh, sudah tahu jauh.
Ini saja yang dekatkan kita.
Ini yang kita harapkan.
Dan bila mana, yang ini saja kita boleh nampak.
Dan kita nilai semudah yang kita nampak.

Mungkin goyah sedikit perasaan sayang itu.
Kenapa tidak tanya?
..................................................................................

Sekarang ini,
permintaan tidak banyak.
Kalau ada bahasa, perilaku yang menyakitkan.
Minta ampun,za.
Kerana kita tidak nampak apa yang tersirat.

Saya di sini.
menunggu untuk berjumpa.
Sebab inilah yang paling ditakutkan.
Saya tiada ilmu yang lebih dalam untuk fahamkan kamu yang sebenar.
Tapi cubaan itu ada banyak.

Selamat Malam.

Boleh hugs?

Rindu tweet sama-sama sebelum tidur malam. )':


"Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan."